msen
    faq hubungi maklumbalas petalaman

    Taklimat oleh YBrs. Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa & Bantuan Encik Roasfanizam Bin Din Kepada pelajar-pelajar YIK Kelantan lulusan STAM yg akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang jurusan Pengajian Islam di Timur Tengah, Jordan, Madinah & Tunisia. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar akan berangkat pada bulan April 2020 nanti melalui tajaan Pinjaman & Biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

    Setiap tahun Kerajaan Negeri Kelantan melalui YAKIN menyediakan peruntukkan hampir RM30 juta bagi membiayai pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak kelantan yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat universiti dalam dan luar negara.

    YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir menandatangani pembelian bangunan baharu asrama pelajar di Syubra, Kaherah dengan Syarikat El-Attal Holding. Bangunan berkenaan terletak dilokasi strategik berdekatan tempat kuliah pelajar, masjid utama, balai polis dan bank. Dengan adanya bangunan asrama tersebut, agenda pengajian Al-Quran bertambah teratur termasuk aspek keselamatan terjamin.

    Turut mengiringi dimajlis berkenaan, YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri, YB Dr Izani Husin, Exco Kerajaan Negeri dan juga Pengarah YAKIN.

    Petikan : Facebook Dato' Ahmad Yakob

    Page 2 of 2

    Please publish modules in offcanvas position.

    KELGOV PPST