PERMOHONAN TAJAAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERINGKAT DIPLOMA (SEPENUH MASA) DI UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2020 / 2021

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermastautin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bagi mengikuti pengajian di peringkat :

  • Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam [ IPTA Sahaja ]
  • Diploma di UNISZA [ kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah ]
  • Diploma & Sijil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari http://www.espmb.com/yakin (PORTAL PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAKIN) bermula pada 16 Jun 2020 (SELASA). Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian.

TARIKH TUTUP Permohonan Online ialah pada 16 JULAI 2020 (KHAMIS) manakala TARIKH AKHIR penerimaan borang permohonan/dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 30 JULAI 2020 (KHAMIS).

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut

>>TAWARAN PINJAMAN KURSUS DIPLOMA SESI 2020/2021<<