Perutusan Pengarah

Untitled Document
 
 
 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Laman Web Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web YAKIN kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian jabatan.

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan masyarakat / pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindakan dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam  pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran , pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak  laman web ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan orang awam khususnya anak-anak Negeri Kelantan.

Harapan saya semoga anda berpuas hati dengan paparan laman web ini dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk menambah baik kandungan laman web ini dari semasa ke semasa.

YAKIN MENERAJUI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

YABrs. Encik Nik Jessim Bin Tan Sri Nik Hashim
Pengarah YAKIN