Cara Bayaran
SALURAN |
KETERANGAN |
CAJ |
TEMPOH KEMASKINI (HARI BEKERJA) |
KAUNTER YAKIN (Tingkat Bawah) |
Bayaran tunai mengikut waktu operasi Pejabat YAKIN kecuali cuti am | - | - |
JOMPAY | Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 82404, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam) |
0.40 Sen | 3 Hari |
CIMB CLICKS | http://www.cimbclicks.com.my (sila klik di 'Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Kelantan Darulnaim') | 0.50 Sen | 3 Hari |
KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF | Hendaklah ditulis di atas nama KUMPULAN WANG YAYASAN KELANTAN DARULNAIM. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya. | - | 3 Hari |
KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) | Bayaran tunai mengikut waktu operasi Pejabat YAKIN kecuali cuti am | Pembayar hendaklah mengisi Borang Deposit (SIMP-1) yang disediakan oleh pihak Bank | 3 Hari |
Potongan Gaji
- Potongan gaji melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan.
- Permohonan potongan gaji boleh dibuat dengan mengisi Borang Potongan Gaji
Pengeluaran KWSP
- Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman pelajaran YAKIN.
- Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.
Penangguhan Bayaran Balik
BIL | Kategori Kelayakan | Tempoh Penangguhan |
1. | Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa. | Sepanjang tempoh pengajian baru. |
2. | Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara. | Sepanjang tempoh pengajian di luar negara. |
3. | Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester). | Sepanjang tempoh perlanjutan yang dibenarkan oleh IPT. |
Nota: Peminjam yang tidak termasuk dalam kategori di atas, tidak akan dipertimbangkan penangguhan
- Permohonan perlu dikemukakan kepada YAKIN melalui surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan.
- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
- Surat pengesahan tidak bekerja dari pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional/ penyata KWSP terkini
- Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam.
- Bagi peminjam yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman.
- YAKIN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya:
- Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
- Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.
Penjadualan Semula Bayaran Balik
Penjadualan dan Penstrukturan Semula Pinjaman
Kaedah penjadualan semula memberi kemudahan kepada peminjam YAKIN untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Kaedah penstrukturan semula memberi kemudahan kepada peminjam YAKIN untuk mengubah struktur Jadual Bayaran Balik dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.