Skip to main content

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Laman Peta

Pengenalan

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Syarat-syarat Permohonan


  1. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan) dan yang bermastautin di Negeri Kelantan.
  2. Telah mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sama ada diploma atau ijazah.
  3. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran (SPM).
  4. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  5. Pelajar-pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
  6. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.

Kadar Pinjaman


Ijazah (IPTA dalam negara)

RM5,000.00 Setahun

Diploma (IPTA dalam negara)

RM3,500.00 Setahun

KIAS (Diploma)

RM5,000.00 Setahun

KIAS (Ijazah)

RM8,000.00 Setahun

KIAS (DAIJ) - Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam

RM6,000.00 (Satu Semester) - RM18,000.00 sepanjang pengajian

Mesir (Pengajian Islam)

RM8,000.00 (Bermula Tahun 3 & 4)

Mesir (Maahad Qiraat)

RM8,000.00 Setahun

Mesir (Bahasa Arab)

RM8,000.00 Setahun

Mesir / Indonesia (Perubatan / Pergigian Farmasi)

RM30,000.00 Setahun

Jordan (Pengajian Islam)

RM12,000.00 (Bermula Tahun 2-4)

Indonesia (Pengajian Islam)

RM6,000.00 (Setahun)

Khairat Kematian


RM130.00 setahun

Bagi pinjaman melebihi RM10,000.00 setahun

RM100.00 setahun

Bagi pinjaman antara RM4,000.00 sehingga RM9,999.00 setahun

RM70.00 setahun

Bagi pinjaman kurang dari3,999.00 setahun

Tawaran Pinjaman Pendidikan


KALI PERTAMA : 

  • Tawaran pinjaman tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh YAKIN
  • Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima
  • Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan
  • Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain
  • Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman YAKIN di Pejabat YAKIN

KALI KEDUA :

Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu
  • Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman , gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu

Pemberhentian Pinjaman


Pinjaman YAKIN akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  • Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPTA yang diluluskan semasa memohon pinjaman YAKIN
  • Pelajar membuat pembatalan pinjaman YAKIN
  • Pemalsuan maklumat semasa permohonan
  • Peminjam menerima tajaan pinjaman lain selain daripada pinjaman YAKIN
  • Peminjam diisytihar muflis