Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian di mana-mana IPTA, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-
LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.espmb.com/yakin
LANGKAH 2: cetak permohonan
LANGKAH 3: Hantar permohonan & dokumen sokongan (yang telah disahkan) yang diperlukan
LANGKAH 4: Pemohon boleh menyemak status permohonan di www.espmb.com/yakin (dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup permohonan)
LANGKAH 5: Permohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dua (2) set dokumen perjanjian di www.espmb.com/yakin
LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat tawaran