Pengenalan
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Syarat-syarat Permohonan
- 
    Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan) dan yang bermastautin di Negeri Kelantan.
- 
    Telah mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sama ada diploma atau ijazah.
- 
    Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran (SPM).
- 
    Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- 
    Pelajar-pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
- 
    Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.
Kadar Pinjaman
| Ijazah (IPTA dalam negara) | RM5,000.00 Setahun | |
| Diploma (IPTA dalam negara) | RM3,500.00 Setahun | |
| KIAS (Diploma) | RM5,000.00 Setahun | |
| KIAS (Ijazah) | RM8,000.00 Setahun | |
| KIAS (DAIJ) - Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam | RM6,000.00 (Satu Semester) - RM18,000.00 sepanjang pengajian | |
| Mesir (Pengajian Islam) | RM8,000.00 (Bermula Tahun 3 & 4) | |
| Mesir (Maahad Qiraat) | RM8,000.00 Setahun | |
| Mesir (Bahasa Arab) | RM8,000.00 Setahun | |
| Mesir / Indonesia  (Perubatan / Pergigian Farmasi) | RM30,000.00 Setahun | |
| Jordan (Pengajian Islam) | RM12,000.00 (Bermula Tahun 2-4) | |
| Indonesia (Pengajian Islam) | RM6,000.00 (Setahun) | 
Khairat Kematian
| RM130.00 setahun | Bagi pinjaman melebihi RM10,000.00 setahun | |
| RM100.00 setahun | Bagi pinjaman antara RM4,000.00 sehingga RM9,999.00 setahun | |
| RM70.00 setahun | Bagi pinjaman kurang dari3,999.00 setahun | 
Tawaran Pinjaman Pendidikan
KALI PERTAMA :
- 
    Tawaran pinjaman tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh YAKIN
- 
    Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima
- 
    Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan
- 
    Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain
- 
    Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman YAKIN di Pejabat YAKIN
KALI KEDUA :
Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :
- 
    Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu
- 
    Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman , gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu
Pemberhentian Pinjaman
Pinjaman YAKIN akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:
- 
    Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPTA yang diluluskan semasa memohon pinjaman YAKIN
- 
    Pelajar membuat pembatalan pinjaman YAKIN
- 
    Pemalsuan maklumat semasa permohonan
- 
    Peminjam menerima tajaan pinjaman lain selain daripada pinjaman YAKIN
- 
    Peminjam diisytihar muflis
 
 
 
 
 
 
