LATAR KEHIDUPAN BUKAN PENGHALANG UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN AKADEMIK
29 Syawal 1446H || 28 April 2025
“Latar kehidupan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan akademik.”
Adik Nur Syafienaz binti Nazri, merupakan seorang pelajar masyarakat Orang Asal dari suku kaum Temiar yang telah mencipta sejarah sebagai anak Orang Asal pertama di negeri Kelantan yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya di Gua Musang dan berasal dari Kampung Merlong, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis .
Walaupun berada jauh di pendalaman, kejayaan Nur Syafienaz adalah hasil daripada disiplin diri, fokus dalam pelajaran, serta sokongan padu daripada guru, rakan-rakan, dan terutamanya ibunya, Siti Norsyakila Kamarzaman, seorang tukang jahit yang telah banyak berkorban demi pendidikan anaknya . Walaupun rumahnya hanya 25 minit dari sekolah, beliau memilih untuk tinggal di asrama bagi memastikan tidak tercicir daripada kelas tambahan dan aktiviti pembelajaran.
Beliau bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa Inggeris dan berhasrat melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam program Asasi Bahasa Inggeris sebagai langkah awal ke arah kerjaya sebagai pendidik . 
Atas kejayaan Nur Syafienaz ini, YAB. Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah menyampaikan cek sumbangan Anugerah Kecemerlangan Menteri Besar Kelantan berjumlah RM2,000.00 sebagai menghargai dan memberi semangat untuk beliau untuk terus berjaya dalam akademik.
Kisah inspirasi beliau ini telah membuktikan bahawa latar belakang kehidupan bukanlah penghalang beliau untuk mencapai kejayaan dalam akademik.