msen
    faq hubungi maklumbalas petalaman
    Latar kehidupan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan akademik.

    29 Syawal 1446H || 28 April 2025

    “Latar kehidupan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan akademik.”

    Adik Nur Syafienaz binti Nazri, merupakan seorang pelajar masyarakat Orang Asal dari suku kaum Temiar yang telah mencipta sejarah sebagai anak Orang Asal pertama di negeri Kelantan yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya di Gua Musang dan berasal dari Kampung Merlong, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis .

    Walaupun berada jauh di pendalaman, kejayaan Nur Syafienaz adalah hasil daripada disiplin diri, fokus dalam pelajaran, serta sokongan padu daripada guru, rakan-rakan, dan terutamanya ibunya, Siti Norsyakila Kamarzaman, seorang tukang jahit yang telah banyak berkorban demi pendidikan anaknya . Walaupun rumahnya hanya 25 minit dari sekolah, beliau memilih untuk tinggal di asrama bagi memastikan tidak tercicir daripada kelas tambahan dan aktiviti pembelajaran.

    Beliau bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa Inggeris dan berhasrat melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam program Asasi Bahasa Inggeris sebagai langkah awal ke arah kerjaya sebagai pendidik . 

    Atas kejayaan Nur Syafienaz ini, YAB. Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah menyampaikan cek sumbangan Anugerah Kecemerlangan Menteri Besar Kelantan berjumlah RM2,000.00 sebagai menghargai dan memberi semangat untuk beliau untuk terus berjaya dalam akademik.

    Kisah inspirasi beliau ini telah membuktikan bahawa latar belakang kehidupan bukanlah penghalang beliau untuk mencapai kejayaan dalam akademik.
    KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK STPM SEMESTER 2 PERINGKAT ZON TUMPAT 2025 BERJAYA DILAKSANAKAN

    Tumpat, 22 April 2025 – Kem Kecemerlangan Akademik STPM Semester 2 Peringkat Zon Tumpat Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari bermula 22 hingga 23 April 2025 bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Seri Tujuh. Program ini merupakan satu inisiatif strategik bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.

    Kem ini dianjurkan dengan kerjasama erat antara dua jabatan penting iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) melalui Pusat Tingkatan Enam SMK Chabang Empat. Usaha sama ini bertujuan memastikan pelajar menerima sokongan yang optimum dari segi akademik, motivasi, serta strategi menghadapi peperiksaan.

    Objektif Kem:
    Penganjuran kem ini bertujuan untuk:
    • Mencapai 100% lulus dalam peperiksaan STPM tahun 2025.
    • Mencapai PNGK 3.0 dan ke atas bagi semua mata pelajaran STPM 2025.
    • Meningkatkan teknik menjawab dalam mata pelajaran STPM.

    Kumpulan Sasaran:
    Kem ini menyasarkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Semester 2 dari sekolah-sekolah menengah di zon Tumpat yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini. Seramai 196 orang pelajar terpilih telah menyertai kem ini yang terdiri daripada 5 Pusat Tingkatan 6 (PTE) di PPD Tumpat.

    Pelaksanaan program melibatkan pengisian seperti ceramah motivasi, latih tubi soalan sebenar, sesi bimbingan berfokus untuk mengukuhkan pemahaman serta meningkatkan keyakinan pelajar.

    Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik pelajar Tingkatan Enam di daerah Tumpat.

    20 November 2024 - YABrs. Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah menyampaikan sumbangan penajaan kepada Pasukan Robotik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan Tumpat. Seramai 3 orang pelajar sekolah tersebut telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam World Robot Olympiad (WRO) 2024 di Izmir, Turkiye yang akan berlansung pada 28 - 30 November 2024.

    Tahniah diucapkan kepada SMKA Falahiah atas kejayaan terpilih menyertai pertandingan (WRO). Ia adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan melambangkan kecemerlangan sekolah dalam bidang teknologi dan inovasi.

    Semoga ianya dapat membawa nama SMKA Falahiah ke mercu antarabangsa, dan menjadi simbol aspirasi pelajar dalam bidang teknologi.

    Usaha dan dedikasi yang ditunjukkan selama ini pastinya akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain. Semoga usaha saudara diberkati dan membawa kejayaan yang cemerlang.

    Sekali lagi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada guru-guru dan pasukan robotik SMKA Falahiah.

    #YAKIN Menerajui Pendidikan Negeri Kelantan #Yayasan Kelantan Darulnaim

    Cambodia, 17 Jan 2025- Kunjungan bersejarah ke Maahad Muhammadi Beng Broul di Kemboja yang diketuai oleh YAB Dato’ Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan, bersama-sama dengan Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), dan delegasi dari Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), telah menjadi simbol hubungan dan keprihatinan terhadap pembangunan pendidikan Islam di rantau ini. Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan erat antara Kelantan dan Kemboja tetapi juga menzahirkan komitmen tinggi terhadap usaha menyemarakkan ilmu sebagai asas pembinaan tamadun umat Islam di rantau ini. Sempena lawatan ini YAB Dato’ Panglima Perang telah memyampaikan sumbangan bagi menyokong program kecemerlangan sekolah.
    Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani MoU untuk memperkukuhkan kerjasama pendidikan dengan Jordan

    Amman : 7 Nov - Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) menandatangani 2 persefahaman pendidikan di Jordan.

    Persefahaman ini diadakan bersama The World Islamic Science Universiti (WISE) dan Appleid Science Universiti (ASU) yang membuka ruang untuk pelajar YIK menyambung pengajian di Universiti berkenaan.

    Majlis menandatangani MoU diwakili oleh YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi mewakili YIK manakala WISE diwakili oleh Rektor Prof Dr. Jaafar Al Magribi Al Fanatsah manakala Applied Science University diwakili oleh Rektor Prof Dr Samiha Jarrah.

    Turut sama menyaksikan perjanjian ini YBhg. Dato' Abdullah Yaakob, Ahli Lembaga Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Hj. Sukeri Hussin, Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK, Prof. Madya Dr. Mohd Radzuwan Ab Rashid, Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ), Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah dan En Rosfanizam Din, Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa & Bantuan YAKIN.

    MoU ini membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar-pelajar YIK melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan pengkhususan Qiraat.

    Sumber : Facebook - Dato' Wan Roslan Wan Hamat

    Halaman 1 dari 3

    KELGOV PPST