msen
    faq hubungi maklumbalas petalaman
    KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK STPM SEMESTER 2 PERINGKAT ZON TUMPAT 2025 BERJAYA DILAKSANAKAN

    KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK STPM SEMESTER 2 PERINGKAT ZON TUMPAT 2025 BERJAYA DILAKSANAKAN

    Tumpat, 22 April 2025 – Kem Kecemerlangan Akademik STPM Semester 2 Peringkat Zon Tumpat Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari bermula 22 hingga 23 April 2025 bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Seri Tujuh. Program ini merupakan satu inisiatif strategik bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.

    Kem ini dianjurkan dengan kerjasama erat antara dua jabatan penting iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) melalui Pusat Tingkatan Enam SMK Chabang Empat. Usaha sama ini bertujuan memastikan pelajar menerima sokongan yang optimum dari segi akademik, motivasi, serta strategi menghadapi peperiksaan.

    Objektif Kem:
    Penganjuran kem ini bertujuan untuk:
    • Mencapai 100% lulus dalam peperiksaan STPM tahun 2025.
    • Mencapai PNGK 3.0 dan ke atas bagi semua mata pelajaran STPM 2025.
    • Meningkatkan teknik menjawab dalam mata pelajaran STPM.

    Kumpulan Sasaran:
    Kem ini menyasarkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Semester 2 dari sekolah-sekolah menengah di zon Tumpat yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini. Seramai 196 orang pelajar terpilih telah menyertai kem ini yang terdiri daripada 5 Pusat Tingkatan 6 (PTE) di PPD Tumpat.

    Pelaksanaan program melibatkan pengisian seperti ceramah motivasi, latih tubi soalan sebenar, sesi bimbingan berfokus untuk mengukuhkan pemahaman serta meningkatkan keyakinan pelajar.

    Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik pelajar Tingkatan Enam di daerah Tumpat.

    KELGOV PPST