Majlis Sambutan Hari Raya YAKIN 2019
30 JUN 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya YAKIN 2019 telah diadakan dengan meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu dari pelbagai agensi dan jabatan. Turut memeriahkan majlis, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah antara kenamaan yang turut hadir menyerikan majlis sambutan hari raya kali ini.
Para tetamu dihidangkan dengan juadah yang istimewa seperti nasi minyak, satay, manisan terserta pelbagai juadah yang enak. Diharapkan sambutan seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang supaya ikatan ukhwah semasa jabatan lain sentiasa terjalin.