msen
    faq hubungi maklumbalas petalaman

    YAB Dato' Menteri Besar Kelantan meninjau perkembangan pembinaan bangunan 10 Tingkat Pelajar Kelantan di Mesir

    Saya amat teruja mendengar taklimat pembinaan bangunan baharu pelajar Kelantan di Kaherah, Mesir.

    Sewaktu lawatan saya bersama Syarikat El Attal Holding dan rombongan YAKIN meninjau perkembangan pembinaan bangunan 10 Tingkat Pelajar Kelantan di Mesir. Saya menyarankan agar pembinaan bangunan ini dapat disiapkan sebagaimana dirancang agar segala perancangan dan aktiviti pelajar dapat dilaksanakan sebaiknya.

    Alhamdulillah pihak pemaju memberi jaminan bahawa pembinaan berjalan sebagaimana yang dijadualkan.

    Siapnya nanti akan menjadi salah satu nadi penting untuk menampung keperluan serta pusat aktiviti pelajar.

    Di harapkan dengan siapnya bangunan baharu ini. Mahasiswa Kelantan Mesir akan terus melakar kejayaan yang lebih baik samada akademik dan syakhsiah. Insya-Allah.

    #PenghayatanMembangunBersamaIslam

    Sumber Petikan Dari Facebook Mohd Nassuruddin Haji Daud

    KELGOV PPST