Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani MoU untuk memperkukuhkan kerjasama pendidikan dengan Jordan
Amman : 7 Nov - Negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) menandatangani 2 persefahaman pendidikan di Jordan.
Persefahaman ini diadakan bersama The World Islamic Science Universiti (WISE) dan Appleid Science Universiti (ASU) yang membuka ruang untuk pelajar YIK menyambung pengajian di Universiti berkenaan.
Majlis menandatangani MoU diwakili oleh YB Dato' Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi mewakili YIK manakala WISE diwakili oleh Rektor Prof Dr. Jaafar Al Magribi Al Fanatsah manakala Applied Science University diwakili oleh Rektor Prof Dr Samiha Jarrah.
Turut sama menyaksikan perjanjian ini YBhg. Dato' Abdullah Yaakob, Ahli Lembaga Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Hj. Sukeri Hussin, Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK, Prof. Madya Dr. Mohd Radzuwan Ab Rashid, Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ), Che Khairuleffendi Che Kamaruzaman, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah dan En Rosfanizam Din, Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa & Bantuan YAKIN.
MoU ini membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar-pelajar YIK melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan pengkhususan Qiraat.
Sumber : Facebook - Dato' Wan Roslan Wan Hamat