Perasmian Wisma Dato’ Bentara Setia
Alhamdulillah, dapat merasmikan pembukaan wisma baharu di Syubra, Kaherah bagi mempermudahkan lagi segala urusan penginapan, pembelajaran Al-Quran khasnya berkait dengan hafazan dan qira’at.
Kerajaan Negeri telah memasyhurkan wisma ini dengan nama Wisma Dato’ Bentara Setia sempena mengambil nama besar Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan.
Petikan dari Facebook Dato' Ahmad Yakob
11 November 2021 satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara Yayasan Peneraju Pendidikan Pendidikan Bumiputera dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
Kedua - dua Pihak bersetuju untuk mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bentuk melalui perkongsian maklumat, dana, kepakaran, perkhidmatan dan teknologi di antara Yayasan Peneraju dengan dalam program pembangunan akademik, kemahiran insaniah pensijilan TVET, profesional dan spesialis selaras dengan pelaksanaan objektif dan aktiviti dan/ atau program Pihak-Pihak.
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan sebuah agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri yang memangkin agenda nasional bagi memastikan golongan Bumiputera dapat bersaing dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam mencapai hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Taklimat oleh YBrs. Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa & Bantuan Encik Roasfanizam Bin Din Kepada pelajar-pelajar YIK Kelantan lulusan STAM yg akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang jurusan Pengajian Islam di Timur Tengah, Jordan, Madinah & Tunisia. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar akan berangkat pada bulan April 2020 nanti melalui tajaan Pinjaman & Biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).
Setiap tahun Kerajaan Negeri Kelantan melalui YAKIN menyediakan peruntukkan hampir RM30 juta bagi membiayai pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak kelantan yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat universiti dalam dan luar negara.
- Majlis Tandatangan Persetujuan Pembelian Sebuah Asrama Bagi Kegunaan Pelajar Kelantan di Syubra, Kaherah, Mesir.
- MERAFAK SEMBAH TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD KE V
- Sembah takziah atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Al-Sultan Yahya Petra
- Menghadiri Pertemuan dengan Menteri Pendidikan Malaysia
Halaman 2 dari 3