30 JUN 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya YAKIN 2019 telah diadakan dengan meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu dari pelbagai agensi dan jabatan. Turut memeriahkan majlis, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah antara kenamaan yang turut hadir menyerikan majlis sambutan hari raya kali ini.
Para tetamu dihidangkan dengan juadah yang istimewa seperti nasi minyak, satay, manisan terserta pelbagai juadah yang enak. Diharapkan sambutan seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang supaya ikatan ukhwah semasa jabatan lain sentiasa terjalin.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Warga Kota anjuran MPKB-BRI
Tarikh : 19 Jun 2019M / 15 Syawal 1440H(Rabu)
Masa : 11.00 Pagi - 03.00 Petang
Tempat : Dewan Jubli Perak, Mpkb-bri
Jom beramai-ramai ke gerai YAKIN untuk menikmati juadah seperti Pulut Kuning, Gulai Kambing, Satay dan Ketupat.
23 APRIL 2019 JAM 11.00 PAGI :
Semua kakitangan Pejabat Yayasan Kelantan Darulnaim Yakin telah menyertai program ini dengan membaca al-quran Surah Maryam dari Ayat 52 - 64 bersama-sama dengan terjemahan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohamad Sofian Bin Jaafar. Program seperti ini telah dimulakan sejak lebih kurang 5 tahun lepas setiap pagi sebelum memulakan tugas. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi berdepan pertuduhan atas kesalahan pecah amanah.
Mohd Irwan berpakaian sut berwarna biru gelap tiba pada jam 8.10 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) diiringi beberapa anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Halaman 3 dari 3