Skip to main content

LAWATAN PENANDAARASAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KE YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)

08 October 2026

KOTA BHARU, 8 Oktober 026 – Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sempena Lawatan Penandaarasan Pengurusan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga YAKIN.

Lawatan ini bertujuan berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh tadbir urus dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan, merangkumi aspek ketetapan syarat perjanjian, ketelitian klausa perundangan, pematuhan dokumen penjamin, serta pelaksanaan inisiatif pendigitalan rekod perjanjian.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan pengalaman berhubung aliran kerja pemprosesan serta pengarkiban dokumen bagi memastikan proses pengurusan pembiayaan pelajar kekal telus, cekap, dan memenuhi standard piawaian audit.

Pihak YAKIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JPA atas kesudian mengadakan lawatan ini dan berharap jalinan kerjasama strategik ini dapat terus memantapkan perkhidmatan pembiayaan pendidikan demi manfaat anak-anak Kelantan.