Skip to main content

SESI PENGAUDITAN KETUA AUDIT NEGARA DI PEJABAT ATASE PENDIDIKAN KELANTAN, KAHERAH MESIR

02 October 2026
02 Oktober 2026 | Kaherah, Mesir.
 
Pejabat Atase Pendidikan Kelantan di Kaherah, Mesir telah menerima kunjungan Pasukan Audit daripada Jabatan Audit Negara Malaysia bagi melaksanakan sesi pengauditan yang berlangsung pada 28 September hingga 02 Oktober 2026.
 
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) selaku agensi yang menguruskan pengurusan Wisma Negeri telah diwakili oleh YABrs. Encik Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Pengarah YAKIN (Mantan) turut hadir dalam program pengauditan ini. Sesi pengauditan ini merupakan sebahagian daripada usaha memastikan aspek pengurusan, pentadbiran, kewangan serta pelaksanaan urusan berkaitan pendidikan di luar negara dilaksanakan secara teratur, telus, berintegriti dan mematuhi peraturan serta tatacara yang ditetapkan.
 
 
Dalam program ini juga, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengambil peluang melakukan kunjungan hormat ke bangunan baharu Asrama Wisma Dato’ Bentara Kanan dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Kelantan yang menuntut di universiti Al Azhar Mesir.
 
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) melalui Pejabat Atase Pendidikan Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah atas kerjasama serta pandangan yang diberikan sepanjang sesi pengauditan berlangsung.
 
 
Komitmen terhadap tadbir urus yang baik dan penambahbaikan berterusan akan sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan pengurusan pendidikan anak-anak Kelantan di luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berintegriti.
 
#YAKIN menerajui Pendidikan Kelantan.