Kunjungan Hormat Pahang Skills ke YAKIN Buka Peluang Kolaborasi Latihan Kemahiran
16 August 2026
KOTA BHARU β Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pahang Skills (Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang) dalam satu pertemuan yang bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta meneroka potensi kolaborasi dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sesi pertemuan yang berlangsung di Ibu Pejabat YAKIN ini menjadi platform perkongsian dua hala berkaitan inisiatif pemerkasaan kemahiran generasi muda, penawaran latihan teknikal terkini, serta potensi penajaan atau padanan latihan kemahiran untuk anak negeri.
Diharapkan perbincangan ini dapat disusuli dengan pelaksanaan program berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada pembangunan bakat tempatan.
Β











