Taklimat Kepada Pelajar-pelajar YIK Kelantan Lulusan STAM
                        29 January 2020                    
        
        
    
        
        
        
        
        
                
                
            
        
    
Taklimat oleh YBrs. Penolong Pengarah Pinjaman, Biasiswa & Bantuan Encik Roasfanizam Bin Din Kepada pelajar-pelajar YIK Kelantan lulusan STAM yg akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang jurusan Pengajian Islam di Timur Tengah, Jordan, Madinah & Tunisia. Seramai lebih kurang 250 orang pelajar akan berangkat pada bulan April 2020 nanti melalui tajaan Pinjaman & Biasiswa Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).
Setiap tahun Kerajaan Negeri Kelantan melalui YAKIN menyediakan peruntukkan hampir RM30 juta bagi membiayai pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak kelantan yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat universiti dalam dan luar negara.
[widgetkit id="6" name="TAKLIMAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR YIK KELANTAN LULUSAN STAM"]
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
