Skip to main content

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Laman Peta

Kunjungan Hormat KIAS ke YAKIN

04 September 2024

KOTA BHARU: 04 September Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menerima kunjungan hormat dari pihak Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),oleh Profesor. Madya Dr. Haji Mazlan Bin Ibrahim, Rektor KIAS yang baru bersama Haji Mohd Mansor Bin Hj Daud, Pegawai Perhubungan KIAS. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan strategi dan perancangan baru yang akan diterapkan oleh KIAS di bawah pimpinan rektor baru. Langkah ini diambil untuk menarik lebih ramai pelajar dari dalam dan luar negeri, serta untuk memperkenalkan pelbagai program akademik dan kemudahan baru yang disediakan oleh KIAS.

Usaha ini diharapkan dapat menjadikan KIAS sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang unggul di Kelantan, sekaligus memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan yang berkualiti di peringkat tempatan dan antarabangsa.