Skip to main content

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Laman Peta

YAKIN menaja pakaian rasmi penyertaan World Robot Olympiad (WRO) Open Championship 2024 di Itali

22 September 2024

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah memberi sumbangan penajaan pakaian rasmi penyertaan kepada pasukan robotik Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 untuk menyertai pertandingan World Robot Olympiad (WRO) Open Championship 2024 yang akan diadakan di Brescia, Itali.

Majlis ringkas penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Roasfanizam Din, Penolong Pengarah (Pinjaman, Biasiswa & Bantuan) yang mewakili Pengarah YAKIN. Sokongan ini adalah langkah penting dalam memupuk kecemerlangan pelajar dalam bidang teknologi dan robotik di peringkat antarabangsa, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Pertandingan ini merupakan peluang besar bagi pasukan robotik SK Zainab 1 untuk menunjukkan kebolehan dan inovasi mereka di hadapan peserta global.