Kunjung hormat Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) ke City University Malaysia
22 January 2026
Bangi, 22 januari 2026 — Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke City University Malaysia hari ini dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik bagi menyokong agenda pembangunan pendidikan serta peningkatan kemahiran generasi muda secara berterusan.

Delegasi YAKIN yang diketuai oleh YABrs. Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) disambut oleh pihak pengurusan tertinggi City University Malaysia. Pertemuan ini menjadi platform kepada sesi pertukaran idea melibatkan pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan kemahiran, termasuk program penyelidikan bersama, penajaan pelajar, latihan industri, dan projek pembangunan komuniti.

Turut hadir YBrs En Roasfanizam bin Din, Penolong Pengarah (Pinjaman, Biasiswa & Bantuan) dan YBrs. Puan Yusmanira binti Yusoff, Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pelajar).



