Skip to main content

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN SMU(A) DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH, BACHOK.

13 April 2026
 
Mesyuarat Lembaga Pentadbir Kumpulan Wang Kebajikan Dan Pelajaran YAKIN Bil.1/2026 pada 13 April yang dipengerusikan oleh YB.Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan telah membuat keputusan bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM250.00 seorang kepada pelajar mangsa Kebakaran Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum Muhammadiah Bachok.
 
Semoga sumbangan segera melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) ini dapat meringankan beban keluarga 113 pelajar untuk meneruskan sesi persekolahan.