Skip to main content

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN- PERSATUAN MAHASISWA ANAK KELANTAN.

12 March 2026
 
KOTA BHARU – Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau,Digital dan Inovasi Negeri Kelantan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Kelantan dalam satu program yang berlangsung dengan penuh bermakna di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
    
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan Kerajaan Negeri kepada para mahasiswa Kelantan yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi dalam negeri. Dalam majlis berkenaan, 10 persatuan mahasiswa menerima sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 bagi membantu melaksanakan program akademik, kepimpinan dan kebajikan pelajar.
 
Dalam ucapannya menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyokong pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan generasi muda Kelantan. Mahasiswa diseru agar terus memainkan peranan sebagai agen perubahan serta membawa nama baik negeri Kelantan di peringkat nasional dan antarabangsa. Untuk tahun 2026, Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah merancang beberapa program bersama mahasiswa negeri kelantan yang melibatkan semua persatuan anak negeri Kelantan.
   
Beliau turut berharap agar sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh aktiviti persatuan, memperkasa jaringan mahasiswa serta meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
 
Program ini turut dihadiri oleh YB. Kamarulzaman bin Mohammad, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Inovasi dan Digital, wakil Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, serta barisan kepimpinan persatuan mahasiswa anak Kelantan.
Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti mahasiswa sebagai rakan strategik dalam membangunkan masa depan negeri.