Skip to main content

πŠπŽππ“πˆππ‰π„π π†πŽπ‹π… πŒπ’π’πŠ πŠπ„π‹π€ππ“π€π 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 πŠπ„ππ”π“π”π’π€π πŒπ„πŒππ€ππ†π†π€πŠπ€π πƒπˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇, π˜π€πŠπˆπ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π’πŽπŠπŽππ† ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π’π”πŠπ€π

14 June 2026
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan golf Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) atas pencapaian yang amat membanggakan apabila berjaya meraih tempat ke-5, Nurlyana Yasmin binti Ruzkinain dan tempat ke-8, Awwab Mikail bin Mohd Din dalam acara individu di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 yang berlangsung di Sabah.
Β 
Β Β 
Β 
Kejayaan cemerlang ini membuktikan bahawa bakat sukan golf dalam kalangan atlet muda Kelantan mampu bersaing hebat di peringkat kebangsaan hasil daripada latihan intensif, disiplin yang tinggi, serta komitmen jitu daripada pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan.
Β 
Β 
Di sebalik kejayaan kontinjen ini, Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) turut berbangga kerana dapat tampil sebagai salah satu penaja bagi pasukan Kelantan. Sumbangan dan sokongan yang disalurkan ini adalah sebahagian daripada komitmen YAKIN untuk meringankan beban pengurusan pasukan, di samping memastikan kebajikan dan kelancaran perjalanan para pemain sepanjang MSSM di Sabah.
Β 
Akhir kata, pihak YAKIN ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh barisan pasukan golf MSSK Kelantan atas semangat juang yang ditunjukkan. Pihak kami amat menghargai usaha pasukan yang telah membawa dan mempamerkan nama YAKIN dengan cemerlang di pestas sukan MSSM.
Β 
Teruskan kecemerlangan untuk masa hadapan!