Kunjungan Hormat DRB-HICOM Berhad ke YAKIN
06 August 2025
6 Ogos 2025 - Yayasan Kelantan (YAKIN) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada pihak DRB-HICOM Berhad dalam satu sesi pertemuan yang bertujuan untuk membincangkan secara mendalam berkenaan peluang-peluang laluan kerjaya serta pelbagai program pembangunan insan yang ditawarkan khusus kepada pelajar-pelajar tajaan agensi negeri dalam memastikan para pelajar mendapat pendedahan dan bimbingan kerjaya.
Β
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara YAKIN dan DRB-HICOM dalam usaha memperkasakan kebolehpasaran graduan melalui penyediaan pendedahan industri, latihan praktikal, serta peluang kerjaya yang bersesuaian dengan keperluan semasa pasaran kerja.
Β
Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai potensi penglibatan pelajar dalam program-program berimpak tinggi yang mampu membentuk sahsiah, kemahiran insaniah dan profesionalisme, sejajar dengan aspirasi negeri untuk melahirkan modal insan berkualiti yang berdaya saing di peringkat nasional dan global.










