Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kelantan 2025
                        31 August 2025                    
        
        
    
        
        
        
        
        
                
                
            
        
    
Kota Bharu, 30 Ogos 2025 – Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah turut serta dalam acara perbarisan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kelantan 2025 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.
 
   Seramai 35 warga YAKIN menyertai perbarisan tersebut dengan penuh semangat patriotisme dan rasa bangga terhadap tanah air. Pasukan pembarisan YAKIN tampil pergerakan berdisiplin, mencerminkan komitmen warga jabatan terhadap semangat kebangsaan.
Sambutan Hari Kebangsaan kali ini bertemakan “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni, Penghayatan Membangun Bersama Islam” dan turut disertai oleh 68 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, swasta, sekolah serta pertubuhan masyarakat yang memeriahkan acara dengan penuh warna-warni.

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
