KUNJUNGAN MUHIBBAH PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH KOMPREHENSIF K9 SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BELURU TUMPAT, KELANTAN
                        24 September 2025                    
        
        
    
        
        
        
        
        
                
                
            
        
    
24 September 2025- “Deruman enjin bot membelah muara menyusuri delta Sungai Kelantan membawa kami team Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) bersama pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menuju ke sebuah sekolah yang terletak di Gugusan Kepulauan daerah Tumpat iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru.

Jarak yang memisahkan daratan daerah Tumpat dan dikelilingi oleh pulau-pulau, sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan Program Pendidikan K9 yang bertujuan untuk memastikan tiada keciciran pelajar untuk mendapat pendidikan sempurna.

Kunjungan wakil YAKIN yang diketuai oleh Encik Roasfanizam Din Penolong Pengarah (Pinjaman,Biasiswa& Bantuan) bersama Puan Yusmanira Yusoff Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) ini bertujuan untuk mendapat maklumat lengkap mengenai keperluan pembelajaran dan merancang program kecemerlangan pendidikan yang akan diadakan bagi pelajar-pelajar arus perdana sekolah ini.
Pelaksanaan program Pendidikan K9 oleh KPM ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam memastikan pelajar-pelajar dapat meneruskan pendidikan.
Pada program ini juga, YAKIN telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan program kecemerlangan pelajar dan penyampaian sumbangan kepada 2 athlet sekolah yang akan mewakili Negeri bagi acara Renang. Semoga usaha berterusan ini akan dapat mengubah lanskap kehidupan mereka di gugusan kepulauan ini.
# YAKIN Menerajui Kecemerlangan Pendidikan#
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
