BENGKEL KECEMERLANGAN AKADEMIK STPM 2025 (SEMESTA 1) PERINGKAT PPD PASIR MAS, KELANTAN.
23 October 2025
23 Oktober 2025 | Pasir Mas.
Telah berlangsung siri 1 Bengkel Kecemerlangan STPM 2025 bagi pelajar-pelajar (Semesta 1)peringkat PPP Pasir Mas.
Program dengan kerjasama Jawatankuasa Tingkatan 6 PPD Pasir Mas ini melibatkan 7 buah sekolah di sekitar Pasir Mas dengan dengan penyertaan seramai 120 orang pelajar, yang diadakan di Dewan Besar SMK. Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas.

Ia merupakan salah satu program yang dirancang sebagai persediaan awal pelajar-pelajar tingkatan 6 untuk menghadapi peperiksaan STPM kelak.
Usaha ini merupakan antara langkah dan komitmen Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dalam membantu pelajar-pelajar meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan STPM.
#YAKIN MENERAJUI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
