Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim
Kota Bharu. 14 Januari 2026 – Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) telah berlangsung dengan jayanya hari ini sebagai wadah memperkukuh komitmen dan hala tuju warga kerja bagi tahun baharu.

Dalam amanatnya, Nik Jessim bin Tan Sri Nik Hashim, Pengarah YAKIN mengucapkan tahniah kepada semua warga YAKIN kerana telah berjaya mengharungi cabaran pada tahun 2025 dengan jayanya. Dalam amanatnya juga, beliau menekankan supaya warga YAKIN kerjasama berpasukan serta peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan agar kedudukan YAKIN pada tahun 2026 adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.

Majlis ini diharap dapat menyuntik semangat baharu dan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab kepada organisasi.



